Sila Kenali SiAnakUncleShukri

My photo
Born on November 10, 1990 to be somebody. My blog is all about my life. Im not really good in English. By the way, people called me Qiela. Some called me adeQ. Im a family person!! Just make it clear, Im in love with people around me now especially my friends. I really dont like backstabber, stalker, sweet talker and people fighting. So, if u like that kind of activities, please stay away from me. Thank you.

Friday, May 7, 2010

Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics Didenda RM15,000

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics dijatuhi hukuman denda RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tiga pertuduhan mengendalikan kursus pengajian tanpa mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi, dua tahun lepas.

Majistret Nor Shakinah Ahmad Kamarudin mengenakan denda terhadap kolej itu selepas ketua eksekutifnya, Prof Dr Nazaruddin Mohamed Jali yang mewakili kolej berkenaan mengaku bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu.

Kolej berkenaan membayar denda tersebut.

Bagi pertuduhan pertama, kolej itu didakwa mengendalikan kursus Diploma Multimedia Kreatif tanpa mendapat kelulusan Menteri Pengajian Tinggi terlebih dahulu.

Manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga, kolej itu didakwa melakukan kesalahan yang sama bagi kursus Diploma Pengurusan Sumber Manusia dan Diploma Pengurusan Hotel dan Katering.

Kolej itu didakwa melakukan semua kesalahan itu di Kompleks Maluri, Jalan Jejaka, Taman Maluri pada 12.30 tengahari, 4 Nov 2008.

Semua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 38 (1) (a) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 38 (2) Akta yang sama dan boleh didenda tidak lebih RM200,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu peguam Zawharul Haq Abdul Rahman yang mewakili kolej itu merayu agar hukuman yang ringan dikenakan dengan alasan kesalahan itu merupakan kesilapan pihak pentadbiran yang tidak dapat dijangkakan. Ia juga merupakan kesalahan pertama yang dilakukan oleh kolej berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya dari Kementerian Pengajian Tinggi Jastina Zainal Abidin bagaimanapun memohon agar mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal berdasarkan kepentingan awam kerana ia boleh mencalarkan imej Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang lain.

"Apa yang dikatakan oleh peguam mengenai kesilapan pentadbiran bukan alasan. Sepatutnya kolej itu perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu sebelum mengendalikan sesuatu kursus pengajian," katanya.

-- BERNAMA 

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=495700